Rakyat Dah Tak Heran


Blog For Free!


Archives
Home
2009 January
2008 December
2008 November
2008 September
2008 August
2008 July
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Rakyat Dah Tak Heran
06.09.08 (11:01 am)   [edit]
RM 800 juta lagi subsidi, aku pandang suratkhabar Berita Harian tu… tah tak terasa apa-apa pun. Tah aku terasa tak heran pun apa yang kerajaan umumkan untuk rakyat DAN aku rasa rakyat pun tak heran apa yang kerajaan cakap sekarang.

Bunyi juta-juta puluh juta ratus juta dan billion pun bagi aku tak terasa dan tak heran langsung. Tak tahu lah kot orang kampung terasa hebat dengan perkataan itu. Aku pun dah lali dengan perkataan subsidi ni. Apa benda subsidi ni sebenarnya. Benda yang aku tak nampak dan tak paham.

Yang aku tahu ialah,

1. Puasa dah nak dekat, raya pun mesti hadir lepas puasa. Sekarang ni dah terasa sakit dengan harga barang naik, bulan puasa dan raya lagi orang meraung.
2. Bukak sekolah tahun depan macam mana? Kos seorang budak dah berapa ratus, kena anak 4 macam aku ni terasa nak pitam kot. Sekarang ni pun menggaru kepala sebab tambang bas dah nak naik dalam RM 30 lagi. Mana nak cekau duit.
Anak aku darjah 3 pernah sound aku masa aku ulur duit RM 1.00 untuk sekolah kebangsaan. “Mana cukup ayah, sekarang ni pun beli makanan share ngan kawan kawan, nasi dan air share 3 orang.” Nak tak nak aku terpaksa ulur RM 2.00 sebab kantin kat sekolah pun dah tak mampu tahan.
3. Letrik nak naik lagi, satu aje aku heran dan bebenar heran. Kalau kau beli barang sebiji harga dia katakan RM 10.00. Kalau kau beli barang tu dah 100 biji, tak kang penjual tu nak jual dengan harga RM 10.00 sebiji jugak. Dah tentu dia kasi diskaun 10 % ke apa ke… kau beli banyak kang.
Habis letrik macam mana? Kau pakai banyak dah tentu dia kasi diskaun kat kau sikit kang. Lagi banyak pakai lagi banyak diskaun kau dapat. Ini terbalik, lagi banyak pakai lagi mahal kau bayar.
4. Koridor utara selatan timur dan barat termasuk sabah dan sarawak, belum kira rel keretapi lah tah apa lagi projek mega lah. Kerajaan tak boleh tangguh ke benda benda tu semua. Dah tahu dalam keadaan sekarang ni kita tengah hadapi masalah, ktia hold dulu apa yang patut, kita reverse dulu beberapa perkara (tengok dan kaji balik). Kasi rakyat bertenang dan happy sikit. Nama pun kerajaan dari rakyat untuk rakyat. Bukan kerajaan dari undi hantu untuk kroni kroni.

Hari khamis lalu, selepas rega minyak naik lah, aku suruh bini aku kasi RM 10.00 kat stesen minyak tu nak isi motor aku. Bini aku terkejut, RM 5.00 dah lah melimpah kang tangki tu. Aku kata kasi aje mamat tu RM 10.00 minyak dah mahal. Bini aku tak percaya terus kasi RM 8.00 aje isi minyak… dah agak memang tak penuh pun motor aku.

Tah apa nak jadi kat Malaysia ni pun aku tak tahu. Kerajaan seolah olah tak boleh kawal langsung negara. Dah lah dari lepas PRU 12 sampai sekarang tak settle settle lagi pergolakan dalam umno. Macam mana nak jaga negara kalau sendiri pun bertelagah. Bukan hanya rakyat dok tengok, orang asing pun dok perati aje apa yang berlaku di Malaysia.

Cukup setakat ini, naik pening aku lihat gelagat manusia yang merasakan diri mereka hebat. Macam lah bila mati tu jasad diangkat ke langit.

 


posted by: barnabus1 (reply)
post date: 06.08.08 (7:05 pm)

Ummm...you wouldn't want to translate that to english would you?? Too much work?



posted by: sebastianjoshua (reply)
post date: 06.08.08 (7:35 pm)

Reply to: barnabus1
my english is not that good my friend. lol

a very simple translation, fuel hike about 0.784 cents to RM 2.70 last week. So all the people in Malaysia very piss off as we are a net exporter of oil, and the oil owned by government.

When fuel up then all of goods and services are up... drastic

most people suffers now... :(



posted by: SebastianJoshua's sister (reply)
post date: 06.08.08 (7:51 pm)

We all feel the pain... you're not alone my brother. Panjang sikit gomel yg ni, tahan aje ler.

Surah Ash-Syarh

Dengan nama Allah yang ArRahman dan ArRahim

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Faham maksud ayat ini, Insya - Allah hati akan tenang, banyak berzikir dan buat solat sunat, berdoa pada Allah. Memang kita buat semua tu tapi kadang-kadang hanya cukup syarat (janji lepas yg wajib dah ler). Hikmah disebalik yang berlaku memang ada, Allah tidak pernah berlaku zalim kepada hambaNya. Tak payah pening pasal manusia lain, sebab itu sifat yang dah Allah jadikan. Yang penting ialah diri kita sendiri, ujian Allah di dunia tidak ada bandingan dengan azab Allah di akhirat. Esok belum tentu kita bangkit dari tidur. Akal diberi untuk berfikir, cari jalan (yang diredhai Allah) untuk mengurangkan beban (sbb tu manusia menjadi khalifah di bumi Allah). Insya Allah kita sekeluarga dan umat islam berada di dalam perlindungan Allah.




posted by: ammegan (reply)
post date: 06.08.08 (8:12 pm)

I understand. Now my holidays are spent at home. No more flying. :)



posted by: sebastianjoshua (reply)
post date: 06.08.08 (8:39 pm)

Reply to: ammegan
Thanks Am





posted by: cyrix (reply)
post date: 06.09.08 (1:42 am)

yeah, it would be better if you could post it in english so a lot of people will understand.

and who says your english is not good? i have read some of your posts and it's quite alright.



posted by: sebastianjoshua (reply)
post date: 06.09.08 (1:54 am)

Reply to: cyrix
thank you cyrix... actually its pretty hard for me to express what i want to say when it is in english. If it is in your own language then u can say anything you want... :-)

thank you my friend thank you

Your Name:


Your Comment: