 Blog For Free!
Archives
Home
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
|
| Abdullah bin Ahmad Badawi Telah Kecundang |
| 03.28.08 (6:04 pm) [edit] |
Siapa sangka, suatu ketika dahulu, 300 berani mati Spartian bertempur dengan 100,000 Persian dalam suatu sejarah yang gemilang. Keberanian 300 mereka telah meniup semangat seluruh Spartian mempertahankan Greek dari di tawan oleh puak Persian.
Mungkin itu cerita orang kafir, mari kita lihat pentempuran bersejarah Badar yang menyaksikan orang Islam bangkit mempertahankan Agama Allah.
Itu kita tengok sejarah dulukala. Banyak sejarah bermula dari Nabi Allah Adam a.s lagi mencatatkan bahawa ‘Mereka Yang Berada Di Langit’ akhirnya akan runtuh bersama keegoan, kerakusan, ketamakkan diri mereka sendiri.
Siapa sangka rakyat boleh bangkit dan berjuang mempertahankan maruah Agama, Diri, Keluarga, Bangsa dan Negara. Siapa sangka Barisan Nasional yang dulunya di puja-puja telah menjadi racun merosakkan jiwa insan manusia di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Ketika PRU 10, aku merupakan peraih undi di International School kat Ampang (dekat Kelab Darul Ehsan). Setelah jam 5 maka kami bersalam dengan orang-orang BN. Seorang Datin datang kepada ku dan berkata “kamu tahu, kalau bukan kerana Mahadhir, kamu ni tak akan dapat pakai komputer pun.” Aku terdiam, bukan kerana tak terjawab TETAPI aku sedih melihat skop pemikiran mereka yang masih lagi terkunci didalam tempurung.
Singapura tak da Mahadhir, Amerika negara kafir, Eropah lagi jauh negara kafir dari kita. TETAPI mereka cukup maju dan makmur berbanding dengan kita yang kononnya Islam Hadhari.
Sudah 50 tahun merdeka dan sudah 50 tahun kita memberi peluang kepada Barisan Nasional memerintah. KITA MASIH KETINGGALAN dari serba serbi kecuali, Kita transit pelacuran, Kita pusat judi, Kita tempat berkumpulnya pelbagai dadah. Dan macam-macam lagi benda mengarut yang dihumbankan di negara kita.
Bangunan saja moden tetapi mentaliti terlalu kuno. Itu pun kalau bangunan itu tidak retak dan bocor sini sana.
Sudah 50 tahun kawan, sudah 50 tahun rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional untuk memakmurkan negara. Apa yang kita lihat sekarang, jenayah berleuasa, golongan muda yang hilang arah, kemiskinan tegar yang bersepah, kehidupan yang bercelaru dan pelbagai lagi. Cakap apa lagi yang di dunia ini ada, semuanya ada di Malaysia.
Apa yang telah terjadi kepada cucu Syeikh Abdullah Fahim ini. Dari seorang yang kononya ‘Mujahid Islam masa kini’ (Dato’ Pirdaus Haji Ismail) menjadi seorang yang amat dibenci bukan sahaja oleh rakyat jelata malah para puak UMNO hampir seluruh Malaysia.
2004 merupakan tahun kebanggaan Abdullah dengan penampilan beliau sebagai seorang cucu ulama terkenal (mufti pertama Pulau Pinang) malah dilihat cukup baik berbanding era Tun Mahadhir. Kemenangan besar yang diperolehi menyebabkan Manusia Leka Dengan Kuasa Yang Ada.
Teringat kisah seorang kawan yang mengaku diri berasal dari keturunan Nabi Muhammad s.a.w. Aku tanya dia, “kau ni dari susur galur sebelah mana? Sebelah Umar ke sebelah Abdullah? “ Dia terdiam. Aku sambung “Biasa yang terkenal datang dari susur galur Umar”. Dengan cepat dia menjawab “Memang, aku dari susur galur Umar”.
“Umar bin Abdul Mutalib tu kalau kau nak kenal ialah Abu Jahal yang terkenal dengan sifat jahatnya kepada anak buahnya iaitu Nabi Muhammad s.a.w” tempelak aku kepada dia. Inilah akibatnya kalau kita percaya bahawa dari anak cucu orang baik-baik, maka DIA pun baik jugak.
Maka pada kali ini aku mengemukakan firasat aku berkenaan dengan Abdullah ini.
Mengikut pandangan ‘tanah’ melayu Malaysia yang kian lemah diperkosa oleh manusia bernama Ham’No yang rakus silih berganti – Mengikut perasaan ‘air’ hujan dan banjir yang sentiasa melanda tanpa mengira musim - Mengikut ‘api’ yang membakar hati menjadi panas membara kesan kenaikan barangan yang melampau – Serta Mengikut perubahan ‘angin’ lagu Wind of Change Scorpion yang meniup kencang panji panji kebenaran -
Aku berpendapat, setelah melihat satu bintang yang mulanya bersinar megah ketinggian 35 Darjah ufuk Barat Daya pada kira-kira 5 tahun dulu telah hilang secara tiba- tiba DAN satu susunan gugusan bintang dari timur timur (boleh dilihat selepas solat maghrib) mulai bersinar…
Boleh aku katakan…
Abdullah bin Ahmad Badawi akan diangkat turun dari kerusi Perdana Menteri SEBELUM datang 2009 OLEH orang beliau sendiri.
Abdullah sudah silap memilih tarikh 8 Mac 2008. Menurut ilmu metafizik http://www.askbatrisyia.com/s... nombor 8 itu bermakna Lawan dan orang yang hari lahir adalah 8 akan menjadi orang kuat melawan. Pada tarikh 8 itu aura orang-orang 8 ini begitu tinggi dan semangat melawan mereka amat hebat; Siapa antara orang yang lahir pada 8 ini;
1. Lim Guan Eng – 8 Dis 1960 2. Ir. Mohammad Nizar – 17 Mac 1957 (1+7 = 8)
Orang yang lahir pada tarikh 1 merupakan seorang pemimpin yang hebat, mari kita lihat siapa mereka
1. Anwar Ibrahim – 10 Ogos 1947 2. Mahathir Mohamad – 10 Julai 1925
Abdullah bin Ahmad Badawi? Bintangnya sudah hilang dilitupi permasalahan yang begitu besar yang di dokong oleh perasaan riak takbur sombong bongkak besar diri tak’bur pandang hina dan pandang rendah orang lain terasa diri hebat terasa megah dah ujud
Maka beliau akan tumbang bersama sebuah parti yang begitu megah, Barisan Nasional.
Aku ingin merapu panjang, berkenaan dengan ISA dan BTN tetapi masa tidak mengizinkan. Tunggu sehingga aku kembali.
|
|
|
| |
| Pengampu Dan Penasihat Yang Membawa Reba Dan Rebah |
| 03.25.08 (11:13 am) [edit] |
Kepimpinan adalah tanggungjawab dan khidmat. Kecuaian menunaikannya adalah kezaliman. Aduan rakyat dan bisikan mereka jika tidak ditangani boleh menjadi api membakar perasaan kebencian yang meluap-luap. Jika itu diterjemahkan dalam tindakan, maka kestabilan negara akan merasai padahnya.
Saya pernah menyebut dalam satu tulisan yang lepas tentang nasihat Syaiban al-Ra‘i kepada Harun al-Rasyid: “Wahai Amir al-Mukminin, andainya engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa takut sehingga engkau merasa aman lebih baik dari engkau bersahabat dengan orang yang menjadi engkau rasa aman sehingga menyebabkan engkau mendapat ketakutan”. Tanya Harun al-Rasyid: “Jelaskan maksudnya untukku”.
Jawab Syaiban: “Sesiapa yang berkata kepada engkau: “engkau bertanggungjawab terhadap rakyatmu, takutlah Allah” lebih baik dari orang yang berkata “Kamu daripada kaum keluarga Nabi diampunkan dosa kamu, kamulah kerabat Nabi!”. Maka menangislah Harun al-Rasyid sehingga mereka yang berada di sekelilingnya bersimpati kepadanya.
Kata Syaiban lagi: “Wahai Amirul Mukminin, apabila saya bercakap, saya bimbangkan tindakan kamu terhadap saya. Jika saya diam, saya bimbangkan bahaya menimpa kamu. Maka saya utamakan kebimbangan bahaya menimba kamu lebih daripada kebimbangan tindakan kamu ke atas saya”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/198, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Para penasihat yang jujur yang memberitahu hakikat yang sebenar, -sekalipun boleh menimbulkan keresahan- adalah lebih baik untuk seseorang pemimpin daripada pengampu yang membohonginya sehingga dia buta dengan keadaan negara dan rakyatnya. Penasihat yang jujur akan memberitahu hakikat yang sebenar tentang suasana negara, rakyat dan tanggungjawab itu semua di hadapan Allah sekalipun mungkin akan menimbulkan ketakutan kepada seorang pemimpin.
Dengan ketakutan itu, pemimpin membaiki diri dan keadaan, maka ketakutan akan bertukar menjadi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Adapun pengampu, demi kepentingan diri, kedudukan dan harta yang diharapkan dari pemimpin, maka mereka akan mendendang lagu-lagu asyik agar pemimpin nyenyak tidur dibuai mimpi indah sehingga akhirnya ketakutan pun menjelang tiba. Hanya cerita-cerita indah sahaja yang sampaikan ke telinga pemimpin, lalu pemimpin pun gembira dan buta hakikat sebenar rakyatnya.
Saya teringatkan kisah dongeng raja telanjang yang menjadi bahan bacaan kanak-kanak. Kononnya, ada seorang raja yang gilakan pakaian yang cantik-cantik. Lalu muncul beberapa orang penipu yang kononnya boleh menghasilkan pakaian yang paling cantik untuknya. Raja pun bersetuju. Mereka meminta beberapa hari untuk menenunnya di sebuah bilik di istana. Saban malam raja tersebut melawat hasil kerja yang sedang ditenun mereka.
Namun, beliau tidak melihat sebarang benang atau kain yang terhasil, sebaliknya hanya tenunan kosong semata. Apabila raja bertanya, mereka menjawap: “jika tuanku tidak nampak, menunjukkan tuanku mempunyai penyakit yang merbahaya dan boleh membawa maut”. Dalam ketakutan raja menjawap: “Ya, saya nampak, alangkah cantiknya”.
Demikianlah juga menteri-menteri dan para pengiring raja juga mengaku perkara yang sama, kerana ingin mengampu raja. Sehingga pada hari yang dijanjikan, raja pun memakai pakaian yang tidak wujud itu dan disarungkan secara tipu oleh penenun-penenun karut tersebut. Semua pengampu raja memuji keindahan pakaian yang tidak wujud itu, padahal raja sedang bertelanjang.
Apabila raja keluar menemui rakyat, maka semua mata terbeliak dan mulut ternganga. Raja menyangka mereka kagum dengan pakaiannya yang indah. Tiba-tiba beberapa budak kecil menjerit: “Hei! Lihat! Raja kita sedang bertelanjang”. Maka semua rakyat ketawa. Barulah raja tahu bahawa dia telah ditipu oleh ‘taukeh-taukeh&rsqu o; tenun dan para pengampu yang berada di kelilingnya. Namun masa telah terlambat, dia telah dimalukan di hadapan rakyat.
Walaupun cerita ini dongeng, namun janganlah ia menjadi realiti dalam dunia politik kita hari ini. Seorang pemimpin amatlah malang jika dia ditipu oleh para pengampu sehingga akhirnya dia ditertawakan oleh rakyatnya dek kesilapan yang dilakukannya. Atau dia dibenci oleh rakyatnya, kerana dia ditipu oleh para pengampu konon rakyat sentiasa puas hati dan sukakannya.
Sebab itulah, dosa para pengampu amatlah besar. Dengan nasihat yang buruk, jatuhnya kerajaan-kerajaan lampau dan akan datang. Tuan penasihat ‘dua puluh lima persen’ seperti dalam filem “Tiga Abdul” boleh menyebabkan orang yang dinasihati itu dijual secara lelong. Wahai pemimpin! Berhati-hati dengan para penasihat kalian!”.
Saya tertarik dengan perkataan Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi apabila Khalifah ‘Abd al-Malik bin Marwan meminta dia mensifatkan fitnah. Perkataan ‘fitnah’ seperti yang telah saya sebutkan bermaksud ketidak tenteraram, kekacauan atau hilang keamanan dan kedamaian. Kata al-Hajjaj: “Fitnah itu merebah dengan bisikan, ianya lahir dari aduan” (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201).
Maka bisikan dan aduan rakyat bawahan janganlah dipandang ringan. Jangan pemimpin hanya akan mendengar aduan golongan koperat dan berpangkat semata. Tangisan rakyat dan tidak puas hati mereka selalu tidak sampai ke telinga seorang pemimpin jika dia hanya dikelilingi oleh manusia-manusia pengampu dan mencari kemewahan semata.
Jika seseorang ingin menjadikan jawatan kepimpinan sebagai tempat ‘makan angin’ dan santai maka dia seorang yang sangat fasik dan jahat. Pemecah amanah lagi khianat. Sabda Nabi s.a.w: “Tiada seorang pemimpin yang memimpin sepuluh orang (dan ke atas) melainkan dibawa datang pada hari kiamat dalam keadaan diikat. Tidak akan melepaskannya melainkan keadilan, atau dia akan dibinasakan oleh kezaliman” (Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan al-Baihaqi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Kepimpinan adalah tanggungjawab dan khidmat. Kecuaian menunaikannya adalah kezaliman. Aduan rakyat dan bisikan mereka jika tidak ditangani boleh menjadi api membakar perasaan kebencian yang meluap-luap. Jika itu diterjemahkan dalam tindakan, maka kestabilan negara akan merasai padahnya.
Media juga janganlah memperbodohkan rakyat dan menipu para pemimpin. Jangan hanya disiarkan berita mengampu semata, sebaliknya siarkan kisah duka dan derita rakyat. Kerana, jika tiada saluran untuk mereka meluahkan rasa, maka ianya akan menjelma dalam bisikan senyap dan aduan pada bukan tempatnya. Maka api fitnah akan merebah, lalu membakar keamanan masyarakat dan negara.
Jika sesuatu isu tidak adil untuk rakyat, janganlah media membuat pembohongan dengan menyiarkan temubual insan-insan yang terpinggir dari realiti sebenar. Lalu pemimpin atasan tertipu, rakyat rasa diperbodohkan. Lantas mereka menyimpan perasaan dendam. Lalu hilang kasih-sayang antara rakyat dan pemimpin akibat perbuatan para pengampu.
Wahai pemimpin, bukalah ruang seluas-luasnya untuk setiap orang mendapatkan haknya. Mudahkanlah jalan untuk sampai kepada kebenaran tanpa gangguan dan tekanan. Jangan pula hanya yang berharta boleh menuntut hak mereka, sementara yang miskin dan susah terpaksa merintih untuk mendapatkannya. Kata Khalifah ‘Ali bin Abi Talib r.a.: “Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201)
Pemerintahan yang adil adalah pemerintahan yang kerahmatannya dirasai oleh setiap lapisan rakyat. Seperti kata Muhammad bin Ka’ab al-Qurtubi apabila diminta menyifatkan keadilan pemerintah, katanya: “Jadilah engkau bapa kepada yang muda, anak kepada yang tua, saudara kepada yang sebaya. Hukumlah manusia dengan kadar kesalahan dan kemampuan mereka. Jangan engkau pukul disebabkan kemarahanmu walaupun satu pukulan, nanti engkau termasuk dalam golongan yang melampau”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/202).
Jangan pula pemimpin hanya jadi godfather kepada taukeh-taukeh besar yang menjadi pengampu dan tidak mengambil pusing tangisan insan-insan bawahan. Apabila anda memimpin sebuah negara, maka seluruh rakyatnya adalah di bawah tanggung jawab anda. Jika tidak jangan mengidam jawatan kepimpinan. Wujudkan saluran yang ikhlas agar suara orang bawahan sampai ke pendengaran anda. Hapuskan para pembodek yang membohongi anda sehingga garam dikatakan gula, pasir dikatakan beras, tangisan rakyat diberitakan sebagai senyuman.
Saya sentuh tajuk ini kerana saya melihat yang cuba mencari sebab kenapa rakyat menolak mereka. Sesungguhnya sebab itu tidak dapat diperolehi, jika pemberi maklumat atau penganalis itu masih lagi membodek dan pengampu. Carilah insan-insan jujur yang takutkan Allah dan selalu bercakap benar. Di situ akan terubatlah banyak luka dan cedera yang dialami.
Pemimpin apabila membiarkan rakyat yang baik dalam kesusahan, sementara golongan yang tamak lagi mengampu ‘penuh kantong’ dan kekenyangan lagi mewah, maka negara akan rosak. Penentangan terhadap pemimpin akan berlaku dari rakyat bawahan yang tertindas dan golongan tamak yang mula ‘besar kepala’.
Dengarlah apa nasihat Khalifah Mu’awiyah r.a. kepada ‘Amr bin al-As yang sedang berangkat menuju ke Mesir untuk menjadi pemimpin di sana. Kata Mu’awiyah: “Lihatlah kepada keperluan rakyat dan berusahalah untuk menunaikannya. Lihatlah kepada kemelampauan puak yang hina dan berusahalah menghapuskannya. Takutlah kepada orang baik yang lapar dan orang jahat yang kenyang. Sesungguh yang akan memberontak ialah orang baik apabila dia lapar dan orang jahat apabila dia kenyang” (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/202).
Lebih buruk lagi para pengampu ini apabila melihat seseorang pemimpin akan jatuh atau rebah, mereka akan lari mencari dahan baru untuk berpaut. Maka, pemimpin yang diampu akan menjadi raja telanjang berseorangan, sementara yang mengampu akan menyembunyikan diri di belakang atau melarikan diri dan meletak jawatan.
Maka berhati-hati wahai pemimpin dengan para pengampu anda. Seakan perangai syaitan seperti yang disebut dalam al-Quran: (maksudnya) (Sikap kaum munafik) itu samalah seperti syaitan ketika dia berkata kepada manusia: “kufurlah kamu!” setelah orang itu kufur, berkatalah syaitan kepadanya: “Sesungguhnya aku berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam!“(Surah al-Hasyr: 16).
Dalam ayat lain Allah berfirman: (maksudnya) Dan (ingatlah) ketika syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: “Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia Yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung kamu”. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: “Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya” (Surah al-Anfal: 48).
Ya Allah! Daku telah menyampaikan!!.
SS Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Mufti Perlis
|
|
|
| |
| Biadap dan Kurang Ajar |
| 03.24.08 (12:22 pm) [edit] |
|
Itulah yang boleh diperkatakan tentang kemelut kera’jagaan Umno di Terengganu. Menderhaka kepada Istana merupakan PANTANG orang melayu.
Pada 12 Mac nan lalu kecoh satu Malaysia apabila ‘katanya’ DAP akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak. Selama 3-4 hari para politikus ‘membelasah’ Lim Kit Siang yang kononnya Biadap dan Kurang Ajar kepada Istana selepas ‘menang besar’ di Malaysia.
Apa yang terjadi sekarang, situasi tetap sama berlaku di Terengganu. Tetapi tiada pun perkataan Biadap dan Kurang Ajar dikeluarkan kepada Pak Lah mahupun Idris Jusoh. Bukan sekadar memulaukan majlis angkat sumpah malah secara terang-terang membantah keputusan Istana yang kononnya tidak mengikut Perlembagaan.
Situasi Perlis sebenarnya sama dengan situasi Terengganu. Istana membantah perlantikan Shahidan Kasim sebagai Menteri Besar WALAUPUN Shahidan mendapat watikah perlantikan dari Pak Lah. Namun disebabkan Perlis tidak mempunyai ‘hasil’ yang lumayan maka Mat Isa Sabu dilantik menjadi Menteri Besar.
Sedikit ulasan dari orang Umno
# Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al- Habshee berkata, tindakan UMNO Terengganu yang menentang secara terang-terangan pilihan MPPR itu secara tidak langsung mencerminkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati kedaulatan kesultanan Melayu.
‘‘Kalau kita ada masalah kita kena duduk berbincang, sultan adalah kedaulatan orang Melayu, saya khuatir rakyat hilang kepercayaan.
‘‘Bukan dengan cara macam ini (bantah), kurang ajar dengan Sultan,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. ‘‘Kita marah apabila DAP memulaukan keputusan Istana Perak, malah, kita memaki-hamun DAP kerana menderhaka kepada Sultan tetapi di Terengganu keadaan terbalik pula, UMNO Terengganu sanggup menentang Sultan yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong secara terbuka,’’ tegasnya. #
Kenapa Pak Lah dan sekutunya sanggup menghina Istana. Mengikut tafsiran, ada beberapa sebab mengapa Pak Lah tetap mahu Idris Jusoh
1. Wang Ehsan sebanyak 11 billion masih berada di Terengganu dan ianya akan digunakan untuk ‘pelaburan’ kroni Pak Lah iaitu Patrick Lim di Terengganu. 2. Sebelum pilihanraya, sekutu Idris Jusoh telah dijanjikan pelbagai ‘habuan’ yang amat lumayan. Maka apabila Umno telah menang maka mereka menagih janji-janji tersebut. Maka terpaksalah mereka menyokong Idris Jusoh bagi mendapat bahagian mereka. Kalau kena buang negeri pun jika ada duit maka mereka boleh hidup dimana sahaja mereka suka. 3. Segala dokumen mengenai penyelewengan Idris Jusoh dan sekutunya masih tersimpan elok di pejabat Menteri Besar. Jika orang lain menjadi MB maka kemungkinan besar kesemua pembelanjaan karut marut itu akan terbongkar.
Mengapa pula Istana memilih Dato’ Ahmad Said (DAS)
1. Berkemungkinan besar kerana DAS ‘lebih bersih’ dari ADUN lain di Terengganu walaupun ada pemimpin Umno cuba menjatuhkan beliau sebelum pilihanraya. 2. Sultan Terengganu sendiri suka bersolat jumaat di Masjid Kampung Meraga Beris di Kijal. Situ merupakan kawasan DAS, kemungkinan DAS sentiasa bersama Tuanku ketika Tuanku berada di Kijal. 3. Dalam ramai-ramai mereka yang gelojoh mendabik dada bangga dengan kejayaan di Terengganu, orang kampung DAS lepak aje kerana mereka tahu DAS tetap tak lupakan mereka.
Mana dia pemimpin yang mencium keris untuk membela? Mana hilang hulubalang-hulubalang melayu yang amat PANTANG jika Istana dihina? Mana pergi rakyat yang berlindung di bawah panji-panji Istana? Mana ghaib guru silat guru silat melayu yang mengajar PANTANG MENGHINA SULTAN?
DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU
PATIK BERADA DIHADAPAN UNTUK MEMPERTAHANKAN KESUCIAN PANJI PANJI TUANKU
|
|
|
| |
| Khas Untuk Lelaki / Wanita |
| 03.14.08 (5:37 pm) [edit] |
|
Hey hey hey… ini bukan cerita seks atau bahan terbitan lucah atau benda yang bersangkut paut dengan kelucahan melampau. Ini adalah untuk kebahagian anda, LELAKI dan WANITA
Tapi kang… setahu paKCik blog ni banyak yang tak kahwin lagi, yang berligat dengan jantan betina pun ramai. Suka sama suka pun ada… ish mintak jauh malaikat 44 lah… seram sejuk paKCIK rasanya. Teringat zaman paKCik muda-muda dulu, masa tu study kat Uha. Kawan paKCik nama dia Mie-toto ajak paKCik ikut dia dan ada satu family (yang buat master degree) nama Pakcik Hussin ronda ronda kat bandar Cape Cod kat Massachusetts, Amerika lah ni… pergi 3 kereta masa tu… oh sebijik lagih si Pakcik Medan dan Poey.
Travel tak da lah jauh sangat, terasa macam KL Port Dickson aje… sampai sana jem sikit, ramai orang tengah berpesta. Kitaorang perati orang dok pesta tu… YA ALLAH… rupa-rupanya puak SEJENIS sedang berpesta sakan. Cuba korang bayangkan jantan sedang bercumbuan dengan jantan, berpelukan, sedang meraba, kat lorong-lorong tu ada dok tengah makan aiskrim… NI CERITA JANTAN SAMA JANTAN. Nak tahu berapa ramai depa… penuh macam kira hari minggu Port Dickson lah… cukup ramai JANTAN BERMISAI BERJANGGUT BEROTOT ni
Nasib baik paKCik dengan Omi-toto ni lelaki jadi tak nampak janggal lah. Pakcik Husin (anak bini dan sedara dia) hampir nak pengsan tengok gelagat jantan-jantan ni. Berenti jauh-jauh sikit lepas tu turun dari kereta mengucap panjang panjang… TERKEJUT yang teramat sangat.
Silap haribulan datang, PESTA GAY rupa-rupanya, Cape Cod ni kawasan cantik, sebuah perlabuhan lama kira bandar lama lah… beratus tahun dahulu dah ada, bandar lama yang cantik
Ish lupa pulak paKCik nak bercerita bab khas untuk lelaki dan wanita ni. Lain kali boleh tak… boleh kang
Errr… sehingga jumpa lain kali, PEACE
|
|
|
| |
| I am Back |
| 03.13.08 (4:40 pm) [edit] |
Hi all,
How’s your life kicking your asses? Feel good to be back mumbling in English ho ho ho.
What do you think my new look… Terrible or horrible or full of excitement. It’s still me ok, just wanna feel free of life. Hey you have to enjoy your life while you still can. Life is really short so before they throw you inside the grave, grab something to be proud of. 
Yeah yeah yeah think about others, if you always think about others then when are you going to think about yourself. Are they the one who gives you money? Are they the one who gonna help you when you need help? Who gonna pay for all the bills? Make a stand and be yourself. I am who I am and I don’t bother what they wanna be.
Do you think I am cruel? Do you think I am selfish?
What the hell I’m mumbling about… lol
We won 5 states and 1 federal territory in the last election (March 8,2008). Even though we did not win all but at least we block 2/3 majorities. It’s really a shock when last general election we won 11 out of 222 parliamentary seats. Now we win 82 seats.
I don’t really want to explain about election right now because yours (America) also in the middle of Obama and Clinton. And McCaine
Be back with lots of enjoyment… errrr feel free to BLAST me with your opinion….
Got ya...
|
|
|
| |
| Terima Kasih Pengundi / Thanks All Voters. |
| 03.10.08 (1:21 pm) [edit] |
|
Pagi Ahad aku bangkit dari tidur, lepas dari ‘kerja’ yang sepatutnya aku buat, aku lepak kat luar rumah. Langit 7.30 pagi terasa aman. Aku hirup udara sepuas-puasnya, hmmm… damai sekali. Ya baru aku ingat, AKU SUDAH BERJAYA… Barisan Alternatif sudah berjaya.
Semalam, jam 8 aku tengok TV3. “Kelantan mencatat peratusan undi yang tertinggi melebihi 80%”. Sah BN menang, perchis… dalam hati aku, lantas aku sms kat member-member, “Jom pi spa urut batin dan pekena arak, kita celebrate kekalahan PAS di kelantan”. Aku telan panadol dan terus tidur, dalam hati “kalah lagi”.
Jam 10.30 malam tetiba sms dan call bertalu-talu, hp aku tak larat nak melayan, aku angkat…. “Jom celebrate, PAS sapu bersih kelantan, BN kalah teruk kali ini” kata member aku. “Bior benar kau, malas aku nak keluar, penat panjat pokok pasang bendera pun belum hilang” kata ku. “Rawang pun PKR menang, Selangor dah hampir tumbang” tempik member aku… Ye ke macam tak percaya, lantas aku bersiap dan terus keluar ke markas utama kami ‘Restoran Rahim Maju’ di Bandar Baru Rawang, dekat gereja. Apa lagih minum teh lah. Tak sia sia 3-4 hari geng aku panjat pokok pasang bendera Adil dan PAS (walaupun PAS tak bertanding kat kawasan aku)
Maka dengan ini saya dengan rendah diri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang sudi mengundi pada hari sabtu lalu. TERIMA KASIH BEBANYAK. Thanks to all voters that giving some hope to Malaysia. Thank you very much for your votes.
Analisa politik dari kaca mata Aku
Kelantan – Aku pernah dengar cerita dari seorang ustaz kat IKIM, dia kata pada masa dulu Perikatan datang (tak silap Tun Razak ke Tun Hussin Onn) minta rakyat kelantan undi mereka. Berucap di Pade Beng (Padang Merdeka) mereka berjanji ‘macam-macam’ kepada rakyat kelantan. Apa yang berlaku, tengah syok berucap… 90% rakyat kelantan kat situ terus keluar dari Padang Merdeka. Mererka tidak suka orang ‘Cakap Besar’.
Inilah apa yang terjadi sekarang di kelantan. PANTANG orang kelantan kalau ‘agah’. Orang kelantan cukup tak suka orang ‘agah’.
Terengganu – Saya tak nak komen banyak, rata-rata mereka masih miskin dan memerlukan bantuan kerajaan (bukan macam kelantan). So dengan kemenangan BN maka rakyat masih dapat rasa wang ihsan. Kalau PAS memerintah, mana nak cari duit. Dulu parah jugak mereka nak survive.
Pahang – Ni Najib punya hal, mereka merasakan Najib patut jadi PM maka mereka memberi sokongan padu pada Najib. 2004 Najib menang majoriti amat kecil sekali tapi sekarang more than 20,000. So sekarang Najib kena lawan Pak Lah lah pulak.
Johor - Masih lagi kubu kuat UMNO dan BN. Tapi pecah jugak sikit. Mungkin pengundi terasa selesa dengan suasana sekarang sebab itu mereka tiada sebab untuk memilih pembangkang. Tapi hari ini rata rata menyesal tak ikut Selangor, tak pa ada masa lagi.
Melaka – Pun masih bertahan walaupun banyak Alternative ambil alih. Tak tahu nak kata mungkin mereka selesa atau tak da isu yang cukup kuat untuk ubah kerajaan.
Negeri Sembilan – Ni den tak nak komen banyak, “kao sapo?” masih lagi kuat dikalangan mereka. KJ dah tumbang tapi naik balik, tu yang den heran. Apa apa pun PAS dapat lah jugak merasa. Selangor dan Kuala Lumpur – Ambik kau, jadi pembangkang lah Khir Joyo. Ada orang hantar sms kat aku semalam “Barang siapa yang terjumpa seorang rakyat selangor berketurunan jawa, pendek pendek sikit dengan muka perasan hensom, tolong lapur kat Balai Polis berhampiran, sebab orang ini sorok kunci pejabat Menteri Besar Selangor” hehehe…
Orang kat Selangor dan KL ni banyak tahu rahsia kerajaan maka bagi mereka, BN dah tak releven lagi, sebab itu mereka tukar kerajaan. Faktor Cina benci MCA dan India benci MIC amat kuat disini.
Defakto Anwar, mungkin jugak bro, kasi undi kat Nurul Izzah yang cun melecun tun menang (nasib baik dah kahwin). Syarizat cakap bosar sangat.
Perak Kedah dan P.Pinang Suatu perkara yang amat mengejutkan. Penang tu kira ok lah tapi sampai ke Kedah dan Perak ni boleh tahan. Tak sangka orang disana ‘marah’ kepada kerajaan. Pak Lah semput tak terkata macam cicak tertelah kapur barus.
Rafidah Aziz nasib baik terselamat dari ‘Tendangan Tanpa Bayang’ pengundi. Kalau tak… hehehe ikutlah Latok Sami pi jaga pondok tol kat Jelapang.
Perlis – Tak larat nak komen, nogeri kocik, tabur duit cukup untuk semua rakyat merasa sikit sebanyak. PAS kalah teruk kat sini beb. Bukan nak kata mereka ni tolak PAS tapi mereka happy dengan Menteri Besar mereka sekarang. Nak buat camno, siam dekat hehehe.
Sabah dan Sarawak Kalau Sabah dan Sarawak KELUAR dari Barisan Nasional dan MASUK Alternative maka BN akan jadi pembangkang kat Malaysia. Dengar tu Pak Lah. BN kat semenanjung tak cukup majoriti untuk tubuh kerajaan kalau tak da Sabah dan Sarawak.
Rakyat Sabah dan Sarawak, masa untuk kamu berfikir samada masih lagi RELEVEN atau TIDAK untuk kamu undi BN. Fikirlah sekarang kerana sudah nyata orang semenajung TOLAK BN.
Kesimpulan yang boleh dibuat.
Pak Lah and the BN Geng, kamu ini Riak, Takbur, Sombong, Bongkak, Besar Diri, Pandang Hina kat Orang, Pandang Rendah kat Orang, Terasa diri Hebat dan Megah. Kamu hina Allah Taala, Kamu hina perlembagaan dan kamu hina rakyat.
Tunggu lah kejatuhan kamu semua. TAKBIR
|
|
|
| |
| Khas untuk PENGUNDI HANTU |
| 03.05.08 (11:42 am) [edit] |
Kau manusia kan… Bila kau manusia makna kau ada akal kan… Bila kau ada akal makna kau boleh berfikir kan…
Bukan macam binatang… babi ke Babi memang tak ada akal… biar pun ada otak Sebab tu dia sanggup makan tahi sendiri…
Kenapa Allah Taala jadikan babi… Sedangkan binatang itu teramat kotor dan jijik… Sebab Allah Taala nak suruh kita berfikir… JANGAN JADI MACAM BABI…
Kenapa kita tak nak jadi macam babi… Tengoklah perangai babi macam mana…
Makan pelahap… tak kira apa benda, sapu aje Sondol sana sondol sini… tahi sendiri pun telan Dok tengah makan… bunyi macam macam Kalau ada kawan datang… anak bini pun dihidangkan
Sebab itu bila dah marah… babi akan keluar Babi sial haram… menatang babi tu menatang babi ni Nak cerita kat kawan tu… perangai macam babi
Itu cerita babi… Tak da kena mengena dengan ini…
Maka kalau dah ada akal berfikir… Fikirlah sejenak…
Kurang-kurang fikir tentang anak, bini, ibu bapa, sedara mara… Kalau tak pun Fikir bab maruah, bangsa, agama dan negara… Atau setidak tidaknya fikirlah… APA AKU NAK JAWAB DEPAN ALLAH TAALA… Bila mana kamu ditanya… Kenapa kau sanggup gadai maruah kau… JADI PENGUNDI HANTU
Semua orang akan mati… Tak kira Pak Lah ke Ketua Polis Negara ke Ketua Hakim Negara… Dah mati masuk tanah jugak… Bukan naik ke langit sebab ada darjat, pangkat dan harta…
Dah kalau mati tu tetap mati… Generasi yang hidup ni dok tengah merana… Sebab kerana perbuatan kita… Tak berani melawan… ikut aje Sanggup gadai maruah agama, bangsa dan negara… Dapat RM 50.00 jadi pengundi hantu
Cukup aku rasa setakat ni… Fikir… jika kau rasa masih lagi boleh berfikir Itu pun kalau kau masih mahu berfikir Kot tak leh berfikir… orang kata ***I pulak Tak baik… Itu mulut orang… Bukan mulut kita…
Ops sebelum aku lupa… Ada sikit nak cakap… Bilamana mengadap Tuhan nanti… Jangan sibuk cari aku… kata aku tak nasihat Sebab aku dah bagitahu… BAHAWASANYA ALLAH TAALA ITU MAHA MENGETAHUI
|
|
|
| |
|
Me me mE
Warong RadenJoWorld
Just for UMNO Members
|