Blog For Free!


Archives
Home
2008 June
2008 May
2008 April
2008 March
2008 February
2008 January
2007 December
2007 November
2007 October
2007 September
2007 August
2007 July
2007 June
2007 May
2007 April
2007 March
2007 February
2007 January
2006 December
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 July
2006 June
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Pilih Pemimpin secara syarie dalam konteks demokrasi Malaysia
02.28.08 (3:53 pm)   [edit]
Memilih Dan Melantik Pemimpin Menurut Syariat Dalam Proses Demokrasi Malaysia Kewajipan Menyertai Pilihanraya Membentuk Kerajaan

Islam adalah satu cara hidup manusia yang berdasarkan kehendak Allah. Setiap Muslim wajib melaksanakan segala perintah dan hukum Allah sama ada bersifat individu atau kolektif. Hukum-hakam Allah yang dibawah tanggungjawab kolektif selalu dikaitkan dengan soal kemasyarakatan dan kenegaraan yang melibatkan hukum muamalat, munakahat, jinayah, hudud, khilafat & urusan tadbiran, qanun & qudhiat (kehakiman), ketenteraan & keselamatan, dakwah & jihad, baitulmal (perbendaharaan) & perekonomian dan lain-lain.

Hukum-hakam Allah yang berkait dengan dengan kemasyarakatan dan kenegaraan tidak dapat dilaksanakan tanpa Pemimpin dan Kerajaan Islam. Kerajaan Islam bermaksud kerajaan berdaulat yang memerintah secara Islam. Melaksanakan perundangan, pemerintahan dan penghakiman negara berdasarkan Syariat Allah itu adalah satu ibadah dan hukumnya wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya Kerajaan Islam. Maka mewujudkan Kerajaan Islam adalah wajib. Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan Kerajaan Islam yang dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui proses demokrasi dan pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib.

Seseorang itu tidak dapat mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih dalam pilihanraya untuk melantik pimpinan dan Kerajaan adalah wajib. Turutan tindakan ini selaras dengan tuntutan kaedah feqah: “Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

Kewajipan Melantik Pemimpin Kerajaan Yang Mukmin.

Setiap Muslim wajib melaksanakan tanggungjawab mengundi untuk memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang akan membentuk kerajaan yang sah dan berdaulat pada hari pilihanraya yang ditetapkan. Pengundi Muslim hendaklah memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang berjuang atas Dasar Islam dan Kebajikan Ummah untuk pastikan Kerajaan Islam diwujudkan. Pengundi Muslim hendaklah memilih seseorang calon pimpinan (wakil rakyat) itu hanya berdasarkan kelayakan (Amanah, Alim, Ahli, Adil) dan matlamat syariat seperti mana hadith Rasulullah SAW yang menyebut lafaz bai‘ah:

“Aku memberi bai‘ah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

Ciri-ciri kepimpinan Islam adalah sebagaimana Firman Allah yang berikut:

“Sesungguhnya, hanyasanya pemimpin kamu adalah Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat serta orang-orang yang ruku’ (tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT)”(Surah al Maidah: 55).

Arahan memilih pimpinan yang mukmin (beriman) adalah sebagaimana Al Qur’an:

“Barangsiapa yang berketuakan Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman, maka sesungguhnya golongan yang taat kepada Allah yang akan mencapai kemenangan.” (Surah al Maidah: 56)

Larangan memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang tidak Islamik adalah sebagaimana Al Qur’an:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan (pemimpin atau ketua) daripada kalangan orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejekan dan permainan, daripada ahli Kitab yang sebelum kamu, dan (janganlah kamu jadikan) orang-orang kafir sebagai ketua, dan takutlah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Surah al Maidah: 57).

Ibnu Abbas RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa melantik seorang lelaki ke atas sekumpulan orang ramai sedangkan terdapat dikalangan mereka orang yang lebih diredhai oleh Allah dari lelaki tersebut, maka ia telah mengkhianati Allah, RasulNya dan orang mu’min.” (Hadist Riwayat al-Hakim dan as Sayuti).

Kepimpinan para ulamak, muttaqin dan solehin sangat releven dalam konteks masyarakat Islam. Ini dinyatakan di dalam Al-Qur’an:

“Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah adalah ulama” (Surah al Fathir: 28).

Rasulullah SAW bersabda :“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu, maka barangsiapa mengambil warisan tersebut maka ia telah mengambil bagian yang banyak” (HR At-Tirmidzi dan lain-lain).

Jika setiap Muslim memilih majoriti calon-calon pimpinan (wakil rakyat) yang mukmin dan berdasarkan tuntutan Islam, mereka akan membentuk Kerajaan Islam. Dengan kewujudan Kerajaan Islam dan kuasa yang dimiliki maka syariat Islam mampu dilaksanakan. Mereka mendaulatkan Islam dan melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar.

Sebaliknya jika memilih calon-calon pimpinan (wakil rakyat) bukan berdasarkan Islam, mereka akan membentuk kerajaan yang tidak Islamik seperti kerajaan Sekular, Kapitalis, Komunis, Sosialis atau apa-apa bentuk kerajaan jahiliyyah yang menolak syariat Allah dan membiarkan kefasikan serta kemunkaran di bumi Allah ini.

Pilih Pemimpin secara syarie dalam konteks demokrasi Malaysia

Rasulullah SAW pernah ditanya: “Bilakah akan berlaku qiamat?” Lalu Nabi s.a.w bersabda: “Apabila amanah dipersiakan, maka tunggulah qiamat”. Dan ditanya lagi: ”Bagaimana dipersiakan amanah?” Lalu Nabi s.a.w menjawab:” Apabila diserahkan urusan pentadbiran kepada orang yang bukan ahlinya (tidak beriman dan tidak mahir), maka tunggulah qiamat (kehancuran)”

Sekiranya Muslim tidak memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang mampu melaksanakan dasar dan tadbir urus negara mengikut prinsip Islam, maka pimpinan (wakil rakyat) yang tidak Islamik akan menguasai Dewan Perundangan dan kuasa pentadbiran Negara. Mereka memerintah berdasar logik akal dan kepentingan nafsu sahaja.

Kegagalan membentuk Kerajaan yang beriman dan beramal dengan Islam adalah merupakan tanggungan dan dosa kita umat Islam keseluruhannya di hadapan Allah nanti. Kecuali mereka yang telah berusaha ke arah itu.

Pilihan Mengundi Di Antara Dua Golongan Kuffar

Sekiranya tiada terdapat calon pimpinan (wakil rakyat) dari kalangan Muslim yang bertanding dalam satu-satu pilihanraya, pengundi Muslim hendaklah membuat pilihan calon wakil rakyat kuffar zimmi yang lebih baik dari segi manafaatnya dan kurang mudharatnya kepada Islam dan Ummah.

ATAU Pilih calon wakil rakyat golongan kuffar zimmi yang kurang keburukan (korupsi, rasuah, kronisme, pemborosan, kejahatan, kemaksiatan) dan kezalimannya (manipulasi, penyelewengan, penipuan, penindasan, jinayah, keganasan) kepada rakyat.

ATAU Pilih golongan kuffar zimmi yang sedia bekerjasama dalam konteks prinsip Islam, kemanusiaan, kebajikan dan keadilan sejagat.

Hal ini selaras dengan prinsip kaedah feqah yang menyatakan: “Mudharat/keburukan hendaklah dihindari”, “Mengambil mudharat yang kecil untuk menolak mudharat yang lebih besar” dan “Menolak bahaya adalah lebih penting daripada mencari kemanafaatan”.

Etika Piliharaya Menurut Syarak

Mengundi dalam pilihanraya untuk melantik pemimpin (wakil rakyat) yang mukmin dan Kerajaan Islam adalah merupakan satu proses ibadat umum yang perlu dilaksanakan mengikut tuntutan syarie. Ia perlu dilaksanakan dengan penuh keinsafan, ketertiban, kesabaran dan keikhlasan tanpa melibatkan unsur-unsur kesyirikan, kemunafikan, kemunkaran dan kemaksiatan untuk mencapai keredhaan Allah dan mendapat pahala yang besar daripadaNya.

Amalan zulum (keangkuhan/ kezaliman/ penindasan/ eksploitasi/ ugutan/ paksaan/ pembunuhan),
gharar (dusta/penipuan/ manipulasi/ penyelewengan), risyuah (rasuah/ korupsi/ politik wang/ habuan pangkat kedudukan/ dll),
maisir (perjudian/ pertaruhan),
syubahah (kesamaran kaedah halal atau haramnya, pemborosan, kolusi, konspirasi),
assobiyyah (nepotisme/ kronisme/ fanatik kepuakan, kepartian, kedaerahan/ taksub mazhab/ kejumudan nasionalisme/ keegoan materialisme)
dan lain-lain yang bercanggah dengan syarak hendaklah dijauhi.

Segala tindakan dalam proses pilihanraya dan amalan demokrasi hendaklah betul, wajar dan adil mengikut Perlembagaan Negara dan Syariat Islam untuk memastikan kejayaan kepada pihak yang hak dan Islam.

Kewajipan Pemimpin/Wakil Rakyat Membentuk Kerajaan Islam

Dalam konteks Malaysia, kita umat Islam wajib menyertai pilihanraya dan wajib memilih pimpinan (wakil rakyat) yang berpegang kepada prinsip Islam dalam mengganggotai dewan perundangan dan pemerintahan Negara. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa kekuasaan yang dimiliki pemimpin Islam adalah sebuah kepercayaan (amanah) dari umat Islam dan bukan kekuasaan yang mutlak.

Tanggungjawab setiap pimpinan (wakil rakyat) Islam pula adalah wajib membentuk Kerajaan Islam yang melaksanakan pemerintahan atas prinsip Islam dan amalan syariat Allah. Dengan itu umat Islam akan mampu melaksanakan semua amal ibadat, hukum dan syariat Allah serta amal Islami secara keseluruhan demi mencapai keredhaan Allah di Dunia dan di Akhirat.

Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain menegaskan: “Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”. Ibnu Hazam Al Andalusi menjelaskan para ulama’ bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Kerajaan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Ibnu Khaldun menegaskan bahawa:"Kekhalifahan (pimpinan umat) harus mampu menggerakkan umat untuk bertindak sesuai dengan ajaran Islam dan menyeimbangkan kewajiban di dunia dan akhirat. (Kewajiban di dunia) harus pilih Pemimpin secara syarie dalam konteks demokrasi Malaysia seimbang (dengan kewajiban untuk akhirat), seperti yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad, semua kepentingan dunia harus mempertimbangkan keuntungan untuk kepentingan akhirat. Singkatnya, (Kekhalifahan) pada kenyataannya menggantikan Nabi Muhammad, beserta sebagian tugasnya, untuk melindungi agama dan menjalankan kekuasaan politik di dunia."

Imam Taqiyyuddin An Nabhani menyatakan bahawa kepemimpinan kaum muslimin adalah untuk menegakkan hukum-hukum Syariat Islam dan mengembang (dakwah) risalah Islam ke seluruh dunia.

Jalan Menuju Matlamat Aspirasi Ummah Dan Maqasid al-Syariyyah

Oleh itu mewujud jemaah/parti Islam, mendokong jemaah/parti Islam, mengundi calon jemaah/parti Islam, membentuk Kerajaan Islam adalah satu ibadat wajib setiap Muslim supaya Akidah dan Syariat Islam dapat ditegak, dipertahan dan dikembangkan diatas muka bumi ini sehingga Hari Kiamat . Amalan ini selaras dengan prinsip kaedah feqah yang menyatakan “Sesuatu yang wajib (amalan fardhu & hukum syariat Allah) tidak sempurna (tidak dapat dilaksanakan) melainkan dengannya (dengan sesuatu proses/alat/kaedah tertentu) akan ia (proses/alat/kaedah tersebut) menjadi wajib”.

Adalah menjadi kewajipan kita setiap muslim hendaklah memastikan segala urusan dan permasalahan umat dirujuk kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagaimana firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”(Surah An Nisa’: 59).

Ke arah:

“Baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur” “Negara yang baik (aman, makmur & berkebajikan) dan dibawah keampunan (keredhaan) Tuhan” (Surah Saba’:15 )

Nota kaki:

Kenalilah siapakah Muslim Sekular, sifat-sifat mereka dan cara hidup mereka. Mereka bersekongkol dengan para imperialis dan kolonialis dunia untuk memecahbelahkan kesatuan umat dan negara-negara Muslim atas dasar assobiyyah nasionalisme dan materialisme. Negara Daulah Khalifah Islamiyyah terakhir, Kerajaan Othmaniyyah Turki runtuh pada 1924 hasil pengkhianatan golongan Muslim sekular pimpinan Kamal Ataturk. Secular Muslims (mengikut takrifan Wikipedia Website)

The idea of secularism in Islam means favoring a modern secular democracy with separation of church and state, as opposed to Islam as a political movement. Secularism is based on separating religion from all the affairs of this life and hence, it rules by law and regulations other than Allah's laws. Hence, secularism rejects Allah's rules with no exception and prefers regulations other than Allah's and His Messenger's. In fact, many secularists claim that Allah's laws might have been suitable for the time they were revealed but are now outdated.

The status of secularism and its relation to Islam are clear. But the ignorance about the Islamic truth is still dominating the Muslim's mind. Most secular systems repeat slogans like "no religion in politics and no politics in religion" or "religion is for Allah, and the state is for the people." Such sayings portray their view of Islam as a religion to be practiced in the mosque only, and that it should not be allowed to rule life outside the mosque. Furthermore, they try to deceive people with democratic slogans like "personal freedom" and "people governing people."

That means that people come first and no place is made for the ruling of Allah. Apa tindakan kita? Ingin ‘Menyokong’ ATAU ‘Menentang’ sekularisme mereka? Mekanisme (wasilah) perjuangan, tindakan dan perubahan ke arah Islam yang hakiki adalah menerusi skema massa semasa (waqi’) seperti demokrasi, hak asasi, teknologi, industri, globalisasi, dan sebagainya.

“JIHAD YANG UTAMA ADALAH MENYATA, MENEGAK DAN MEPERTAHANKAN YANG HAK DISISI ALLAH”


..Wallahu ‘alam bissawab ..

 
02.27.08 (4:09 pm)   [edit]
1. Pilih parti, bukan personaliti – Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Pengerusi BN

ATAU

2. Undilah Berdasarkan Calon Bukan Parti - S.S Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Negeri Perlis

PEKAN 25 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan para pengundi supaya tidak memilih personaliti semata- mata, sebaliknya turut mengambil kira parti yang diwakili kerana pilihan raya merupakan proses untuk membentuk kerajaan yang akan mentadbir negara.

‘‘Pilihan raya merupakan saat rakyat memilih parti tertentu untuk membentuk kerajaan. Adalah sukar seseorang yang dipilih daripada parti lain untuk memberi perkhidmatan jika yang membentuk kerajaan adalah daripada parti lain,” katanya.

Beliau mengulas tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang merancang untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh jika menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. Langkah itu dibuat bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil nanti.

Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, pengundi di Parlimen Permatang Pauh perlu bijak menilai tindakan yang dilakukan oleh calon PKR itu. Menurut beliau, pengundi di Permatang Pauh harus bijak memilih parti yang mampu memberi perkhidmatan terbaik, bukan personaliti calon tersebut.

( Petikan daripada Utusan Online)

Berikut adalah temubual dengan S.S Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Negeri Perlis mengenai siapakah calon yang patut dipilih oleh seseorang dalam Pilihanraya Ke-12 ini. Apakah dengan melihat kepada parti yang diwakili atau kualiti diri calon berkenaan?

S: S.S Dr, apakah soal pengundian ini mempunyai nilainya dalam agama?

Dr. MAZA: Ya, sudah pasti. Pengundian boleh menentukan masa depan rakyat dan negara. Keputusan yang betul akan menyelamatkan masa depan umat dan negara. Sementara keputusan yang salah akan menjerumuskan negara ke dalam kebinasaan, atau penyelewengan. Justeru itu Allah berfirman Surah an-Nisa’ ayat 58: (maksudnya) :

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu”.

Maka pengundian ada nilai yang besar dalam agama ini.

S: S.S Dr, adakah ini bererti anggapan yang menyatakan undian itu mempunyai nilai dosa dan pahala boleh diterima?

Dr. MAZA: Ya, sesiapa yang tahu bahawa undiannya atau pemilihan terhadap calon tertentu itu boleh membawa kerosakan atau keburukan kepada negara dan umat tetapi dia tetap lakukan atas kepentingan diri, atau suka-suka maka dia berdosa. Demikian sebaliknya, jika dia memilih calon yang berkelayakan, maka dia menunaikan arahan Allah tadi, ini bererti dia mendapat pahala.

Sabda Nabi s.a.w “Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian, lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian, lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah”. (Riwayat Malik dalam Muwata`).

Satu undi sama dengan satu kalimat bahkan lebih, ianya boleh mengundang keredhaan Allah atau kemurkaannya.

S: Ciri-ciri calon yang patut seseorang pilih, apakah merujuk kepada kualiti calon, atau parti yang diwakili?

Dr. MAZA: Saya tidak bersetuju mengundi hanya berdasarkan jenama parti semata. Ini adalah cara fikir yang menghalang proses kemajuan negara. Akhirnya, rakyat menjadi fanatik parti dan tidak menggunakan lagi akal fikiran menilai siapakah yang diundinya. Jika semua pengundi berfikiran demikian maka tidak akan berlaku persaingan kualiti calon.

Ini boleh menyebabkan ‘si bodoh’ atau ‘perasuah’ atau orang yang rendah moralnya akan terpilih dek kerana parti yang diwakilinya. Ini adalah cara fikir yang tidak berdaya saing dan jumud.

S: Tidakkah parti yang diwakili oleh seseorang mempunyai nilai kepada
dirinya?

Dr. MAZA: Ya mungkin, tapi itu bukan segala-galanya. Tidak munasabah dalam negara yang rakyatnya berpelajaran lalu kita katakan kepada pengundi: “jangan guna akal fikiran anda, cukuplah dengan hanya melihat lambang atau jenama”. Ini pemikiran kanak-kanak tadika yang belum tahu mengeja dan membaca, lalu hanya bergantung kepada gambar-gambar yang dipapar. Jika itu cara fikir kita, elok kita buka pengundian kepada kanak-kanak bermula dari umur lima tahun. Mereka juga rakyat Malaysia. Yang penting mereka dapat mengenali lambang parti-parti yang diajar kepada mereka.

Islam menyuruh diberikan amanah kepada sesiapa yang layak. Yang akan
memikul amanah adalah orang, bukan parti. Parti itu terbentuk kerana wujudnya orang yang mendokong. Bukan wujud parti dulu, kemudian wujudnya orang. Wujudnya individu-individu dulu, kemudian baru mereka wujudkan parti. Jika orang tidak berkualiti, bagaimana hendak dikatakan parti itu berkualiti.

Maka kempen saya: “pilihlah calon, bukan pilih parti”.

S: Apakah ini padangan agama?

Dr. MAZA: Bagi saya inilah sikap seseorang yang beragama. Bebas dari fanatik atau taklid buta tanpa menggunakan akal. Agama menyuruh kita berfikir. Sebab itu seperti mana yang kita tahu bahawa Nabi s.a.w sayangkan Abu Zar r.a. seorang sahabat baginda yang begitu soleh. Namun apabila Abu Zar meminta jawatan, baginda bersabda:

“Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim”. (Riwayat Muslim).

Jika berdasarkan kepada hubungan baik dengan Nabi s.a.w, maka Abu Zar patut dilantik. Namun dalam pemberian jawatan tidak ada soal kroni, atau fanatik hubungan kumpulan, sebaliknya soal kelayakan.

S: Jadi, apakah ciri-ciri yang sepatutnya seseorang calon itu diberikan
undi untuknya?

Dr. MAZA: Secara umumnya mudah sahaja, mesti memiliki dua aspek. Seperti yang disebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas: 26).

Maka pertama; al-Quwwah atau kuat, dalam bahasa kita kemampuan, kewibawaan, kemahiran yang menjadikan dia mampu memimpin.
Kedua: al-Amanah; ada kesolehan peribadi yang akan memelihara dirinya dari melakukan penyelewengan dan pelanggaran hukum.

Jika kedua-dua ciri ini kelihatan pada penampilan calon, dia patut kita pilih.

S: Jika kesemua calon ada ciri-ciri ini, bagaimana S.S Dr?

Dr. MAZA: Kita pilih sesiapa kita rasakan paling tinggi kualitinya kepimpinan dan amanahnya. Tentunya tidak sama. Jika kita rasa sama, maka tidak salah kita pilih yang mana-mana pun selagi kita yakin dia yang terbaik mampu menunaikan tugas.

S: Jika kesemua calon tidak memenuhi ciri-ciri ini?

Dr. MAZA: Kita pilih yang paling kurang mudaratnya dan paling ringan bahayanya. Pada zaman Nabi s.a.w., apabila Rum berperang dengan Parsi,
orang-orang Islam lebih sukakan kemenangan Rum dibandingkan Parsi. Walaupun kedua-duanya bukan Islam, tetapi agama Kristian yang dianut oleh orang Rum menjadikan mereka lebih dekat kepada umat Islam dibanding ajaran Majusi menyembah api yang dianut oleh Parsi.

Allah menyebut dalam Surah al-Rum ayat 4: (maksudnya) “Pada hari tersebut (kemenangan Rum ke atas Parsi), maka orang-orang mukmin bergembira”.

S: Bagaimanakah jika kita tidak kenal latar calon?

Dr. MAZA: Wajib kita kena kenal calon yang hendak kita undi. Firman Allah dalam Surah al-Isra ayat 36 (maksudnya):

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.

Seseorang wajib mencari maklumat mengenai calon. Masa diberikan oleh pihak pilihanraya. Ini bukan zaman batu. Selidiki sebelum membuat undian. Jika kita gagal mengetahui siapakah yang berkualiti, dia sekurang-kurangnya hendaklah pastikan calon yang jika diundinya tidak memberi mudarat kepada masyarakat dan umat. Jangan undi yang ada rekod buruk.

S: Akhirnya, apakah pesanan S.S Dr. kepada rakyat, khususnya umat Islam?

Dr. MAZA: Sesungguhnya undi yang kita berikan kepada seseorang calon adalah perlambangan kepada diri kita sendiri. Jika kita seorang yang inginkan kebaikan, tentu kita akan memilih mereka yang mampu membawa kebaikan dan kesolehan. Begitulah sebaliknya. Jika kita memilih calon yang buruk dari segi kepimpinan dan agamanya, sedangkan ada yang baik, itulah identiti kita sebenarnya.

Sabda Nabi s.a.w dalam hadis al-Imam Muslim: “Ruh-ruh itu adalah tentera yang dihimpunkan; apa yang mereka kenal, maka mereka berpadu. Apa yang mereka tidak kenal, maka mereka bertentangan”.

Nilailah siapakah yang jiwa dan ruh kita cenderung kepadanya, maka itu nilai ruh kita. Maka, pilihlah berdasarkan calon, bukan parti!

 
Islam Hadhari: Satu konsep yang mengeliru dan mengugat akidah umat Islam Malaysia
02.26.08 (10:17 am)   [edit]
Posted on Tuesday, February 19 @ 23:42:37 MYT by SongkokPutih
Kenyataan Media Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi

Latarbelakang - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memperkenalkan dan mempelopori satu gagasan baru kepada rakyat Malaysia sejak tahun 2003, yang dinamakan sebagai Islam Hadhari, atau dalam bahasa Melayunya "Islam Bertamaddun" . Islam Hadhari atau Islam Bertamaddun mempunyai rukun-rukunnya tersendiri yang baharu berjumlah 10 kesemuanya. Islam asal yang diturunkan Allah swt melalui RasulNya Nabi Muhammad saw pula mempunyai 5 rukun.

Niat dan matlamat sebenar Islam Hadhari menjadi keliru sejak awal lagi. Nama nya yang bermaksud Islam Bertamaddun menggambarkan seolah-olah ianya adalah Islam yang baharu yang lebih bertamaddun dari Islam Al Quran yang asal. Ianya tambah mengelirukan kerana mempunyai rukun yang tidak sama dengan rukun Islam asal.

Permasalahan
Islam Hadhari sejak penubuhannya lebih banyak membawa kekeliruan dan masalah kepada pemahaman Islam di kalangan rakyat. Bukan sahaja mereka yang bukan Islam bertambah menjadi sangat keliru, mereka yang beragama Islam, khususnya golongan muda dan mereka yang tidak berpendidikan tinggi menjadi kelam kabut. Antara perkara-perkara yang membawa kekeliruan ini ialah:
1. Penerusan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak, perjudian,dan lumba kuda terbesar di Asia Tenggara. Kegiatan-kegiatan ibu kemaksiatan ini terus berkembang dan dilesenkan oleh pentadbiran Islam Hadhari.
2. Konsert dan program hiburan yang melampau secara "live" dan melalui media massa meningkat lebih 100% sejak Islam Hadhari dilancarkan.
3. Isu murtad. Bilangan orang-orang Islam yang mengisytiharkan keluar dari Islam (murtad) secara rasmi meningkat dari tahun ke tahun. Setakat belum ada sebarang inisiatif dari pentadbiran Islam Hadhari untuk mengekang masalah dan menjaga kemurnian akidah rakyat secara jelas. Bahkan cadangan PAS di parlimen ditolak mentah-mentah.
4. Gejala maksiat dikalangan pimpinan. Kebejatan moral yang begitu parah di kalangan pimpinan kerajaan UMNO/BN sendiri, khasnya dari mereka beragama Islam yang diketahui umum tidak menggambarkan kesungguhan diperingkat tertinggi dalam menghayati Islam hadhari.

Penegasan dan Gesaan
Cara Islam Hadhari diperkenalkan, kandungannya yang kosong, perlaksanaan yang terlalu bercelaru, sokongan kepimpinan sendiri yang tidak lebih dari tepian bibir mulut, pertentangan secara jelas dengan syariat dan akidah Islam ajaran Al Quran, benar-benar telah mengelirukan rakyat. Bahkan ia juga mudah membawa kepada kegelinciran aqidah Islam sebenar.
Dengan demikian, PAS dan rakyat Islam yang perihatin serta menyintai kemurnian akidah dan syariat Islam dengan tegasnya menggesa agar rakyat Malaysia seluruhnya menolak segala usaha yang membawa kepada kekeliruan dan kerosakan aqidah dan kembali kepada Islam yang sebenarnya.

19 Febuari 2008
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)






 
Negara Berkebajikan: Tawaran PAS buat rakyat Malaysia
02.22.08 (2:57 pm)   [edit]
Ustaz Abdul Hadi Awang
Thu | Feb 21, 08 | 11:14:51 pm MYT

Setiap kerajaan mempunyai falsafah pentadbiran dan pemerintahannya masing-masing. Ia menjadi asas kepada semua keputusan dan tindakan yang diambil. Kerajaan Malayia sekarang ini menggunakan falsafah Negara Pembangunan (Development State) yang meletakkan pembangunan untuk kecemerlangan fizikal sebagai keutamaan.

PAS menawarkan sebuah pemerintahan menggunakan falsafah Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan untuk kebajikan rakyat awam. Bagi Pilihanraya Umum ke 12, PAS memperteguhkan tawarannya kepada rakyat untuk bersama-sama bersatu dan berjuang menegakkan sebuah Negara Berkebajikan.

Konsep dan definisi

Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:

"Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara". Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.

Ciri-ciri Negara Berkebajikan

Negara Berkebajikan:

1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam.
2) Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat.
3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric).
4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat
5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan.
6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara
7) Rakyat sejahtera, negara makmur

Negara Berkebajikan PAS selaku "ibu-bapa" kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tanggungajawab. Kerajaan Umno-BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.

Sejarah

Dari segi sejarah, model Negara Berkebajikan sebenar yang menjadi rujukan dan panduan PAS telah dilaksanakan di sepanjang peradaban manusia. Ia termasuklah pemerintahan Mesir dari seerah Nabi Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, dan pemerintahan Rasulullah saw, sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kesemua ini menjadi asas kepada Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS.

Walaupun negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom mengenengahkan Konsep "Welfare State" selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya bersesuaian dengan sebahagian daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.

Konsep Negara Pembangunan yang dibawa oleh UMNO/BN terlalu mengutamakan pembangunan dan kemasyhuran fizikal. Ini dapat disaksikan dengan projek-projek mega seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal (bukan tempat ibadah tetapi untuk tarikan pelancong semata-mata), Pertandingan Formula 1, Pesta Philharmonic Malaysia, 4 jet peribadi pemimpin tertinggi, dan Kompleks Bunga Raya di KLIA. Ini adalah antara banyak projek mega kerajaan Umno-BN yang jelas tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat kebanyakan.

Bagi Negara Berkebajikan PAS, bukannya imej negara tidak penting, tetapi kebajikan semua rakyat lebih diutamakan.

Tawaran PAS menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan

Sebagai memenuhi agenda pemerintahan PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS menawarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan berkonsepkan perkongsian sumber dengan kaedah perkhidmatan rakyat.

Antaranya ialah:

1. Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran pengajian)
2. Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi setiap rakyat yang tidak mempunya perlindungan kesihatan majikan
3. Mengembalikan semula pemberian biasiswa seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan
4. Menurunkan harga petrol dan gas.
5. Merapatkan jurang agihan kekayaan antara golongan kaya-miskin
6. Melaksanakan akta gaji minima
7. Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari

Penegasan dan Gesaan

Berdasarkan fakta-fakta di atas, PAS dengan ini membuat gesaan dan rayuan kepada rakyat Malaysia agar memulakan perubahan daripada pemerintahan Umno yang mengutamakan pembangunan untuk kemegahan imej negara, kepada Pemerintahan PAS yang bercirikan Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan bagi kebajikan rakyat Malaysia keseluruhannya.

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG ialah Presiden, Parti Islam SeMalaysia (PAS)

 
100 Fakta Kelantan
02.22.08 (9:05 am)   [edit]
100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia

17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
Bukti kewibawaan Islam agama memerintah
Mentadbir dan membangun negara

17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan
Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang
Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni
Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia
Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita
Di Kelantan kadar jenayah paling rendah
Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula
Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula
Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga
Di Kelantan bermulanya -Takaful Kifalah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik
3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat
Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah

Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf
Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan
Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta
Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.
Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga
Bagi mereka akhirat adalah nyata

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru
Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
Tiap-tiap pagi sebelum ke pejabat

18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid
Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun
Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa
Dia seorang yang warak dan zuhud
Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan
Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah ambil
Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah ambil
Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah
Itulah Menteri Besar Kelantan
Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya
Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia
Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja
Kerajaan PAS akan bangkrap tak ada duit nak perintah negeri
Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun
Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar
Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah
Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan
Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat
Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain
Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia
Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,
nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah
dan harga nikah pun masih murah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan
Belajarlah daripada Tok Guru
Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka
Bebaskan minda, bebaskan minda!

 
Mandat Besar Kepada Barisan Nasional Memerintah
02.19.08 (4:57 pm)   [edit]
Kuala Lumpur 10 Mac 2008 :- Barisan Nasional dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah menerima satu mandat yang begitu besar dari rakyat Malaysia dalam sejarah pilihanraya. Pada pilihanraya baru-baru ini (8 Mac 2008) Barisan Nasional telah memenangi hampir 95% kerusi DUN dan Parlimen dimana tidak ada satu pun pembangkang di 7 buah negeri.

Dalam sidang khas yang diadakan pada pagi tadi (9 Mac 2008) di kediaman beliau di Putrajaya, Y.A.B Datuk Seri telah memohon seluruh rakyat agar dapat bekerjasama dengan beliau bagi menjadikan Malaysia ini sebuah negara Maju.

Petikan dari ucapan dasar Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Abdullah bin Haji Ahmad Badawi;

“ Assalamulaikum w.t.w dan salam sejahtera kepada seluruh rakat Malaysia yang begitu yakin dan percaya kepada kami kerajaan Barisan Nasional. Terdahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan padu kepada BN memerintah bagi penggal ke 12 pilihanraya umum 2008

Dalam kita membina sebuah negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di landansan Islam Hadhari menuju kearah negara maju menjelang 2020 saya penuh yakin kita akan menjadi sebuah negara hebat di mata dunia.

Dengan mandat yang begitu besar daripada rakyat Malaysia, saya dengan ini mengumumkan satu pelan tindakan bagi menstabilkan negara.

1. Harga Petrol akan dinaikkan sebanyak 50 sen menjadi RM 2.42 seliter.
2. Harga Diesel akan dinaikkan sebanyak 50 sen menjadi RM 2.12 seliter

Ianya akan berkuatkuasa serta-merta. Ini bagi menampung kos kenaikan harga minyak mentah dunia. Pada masa ini kerajaan sudah tidak mampu lagi menanggung subsidi petrol sebanyak kira-kira RM 40 bilion.

3. Semua Tol akan dinaikkan sebanyak 10%-25% berkuatkuasa serta-merta. Pada masa lalu kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada pemegang konsesi tol yang berjumlah kira-kira RM 25 bilion

4. Memandangkan harga petrol, diesel dan tol telah dinaikkan maka kerajaan bersetuju untuk menerima tuntutan menaikkan tambang bas sekolah dan pengangkutan awam sebanyak 50% di bandar-bandar besar dan 35% di bandar-bandar kecil.

5. Bagi membolehkan pelabur luar kekal di Malaysia maka kerajaan bersetuju untuk memberi pelepasan cukai selama 5 tahun kepada syarikat-syarikat besar.

6. Kerajaan juga bersetuju untuk mengekalkan AP kepada syarikat sedia ada dan menambah sebanyak 50 jenis AP lagi kepada mereka.

7. Selama hampir 5 tahun kerajaan terpaksa menolak kenaikan sebahagian dari barangan tenusu dengan memberi kemudahan pelepasan cukai, maka pada hari ini kerajaan akan menaikkan semua barangan tenusu sebanyak 35%-50%.

8. Barangan asas seperti gula, tepung dan minyak masak tidak lagi menjadi barangan kawalan. Oleh yang demikian kerajaan menjangkakan kenaikan sebanyak 15%-45% bagi barangan tersebut.

9. Kerajaan juga dengan ini ingin memaklumkan bahawa tiada lagi barang menjadi Barangan Kawalan. Ianya akan bebas diperdagankan di pasaran.

10. Kerajaan juga akan membatalkan kesemua ceramah agama berbau politik, rapat umum atau himpunan rakyat yang didalangi oleh pembangkang memandangkan pembangkang tiada lagi tempat di Malaysia.

11. Kerajaan juga akan menangkap kesemua bloggers yang menghasut rakyat membenci kerajaan dengan menggunakan AKTA ISA

I.S.A… ya Allah ya Allah ya Allah, aku mimpi rupa-rupanya. Fuh nasib baik aku mimpi… kalau tak mampus aku kat Kamunting.

Adus… nasib baik belum pilihanraya lagi, MASIH MAMPU UNTUK KITA MEMBUAT PERUBAHAN DEMI MASA DEPAN NEGARA


UBAH SEBELUM PARAH

BARISAN ALTERNATIF SUATU PILIHAN

 
AMARAN KERAS
02.16.08 (11:02 am)   [edit]
Kepada Seluruh Penduduk Malaysia

Barang siapa yang tak pernah dafar mengundi SILA check nama anda kat SPR website kerana ada terdapat beberapa nama kenalan saya yang tak pernah daftar SPR tapi nama ada (undi kat jauh jauh pulak tu)

kakak saya pun kena, duduk kelantan dan tak pernah daftar mengundi TAPI nama keluar kat SPR mengundi kat Rasah, Negeri Sembilan

Hati Hati




 
PRU12: UNDI ANDA TETAP RAHSIA
02.14.08 (4:33 pm)   [edit]
PRU12: UNDI ANDA TETAP RAHSIA.
[Mohon di Sebarkan pada rakan rakan anda dengan seluasnya]

Telah diketahui bahawa Parlimen kita sudah dibubarkan dan pada 24 Februari ini merupakan Hari Penamaan Calon dan pada 8 Mac ini akan diadakan Pilihanraya Umum. Maka dengan ini diharap anda semua dapat membaca dan memahami apa hak anda di sini.

1. Pilihanraya ke 12 nampaknya begitu hampir sekali. Kabarnya ada orang yang
meminati nombor 13, maka ianya akan dimulakan atau ditutup dengan 13. Kalau mengikut Islam, kepercayaan kepada perkara seperti nombor yang memberi nasib yang baik adalah satu khurafat. Oleh itu sebagai jalan selamat, kita boleh lah mengatakan, kerana minat sangat terhadap sesuatu nombor maka banyak perkara mahu dilakukan berdasarkan nombor itu atas dasar suka suka.

2. Setiap kali pilihanraya akan ada pertanyaan “Adakah Undi Saya Rahsia?” atau “Bolehkah Undi Saya Di Ketahui Orang?”. Saya tidak mengetahui kenapa persoalan itu di war warkan hampir setiap kali pilihanraya. Mungkinkah orang yang bertanya itu tidak pernah mengundi. Mungkin juga orang itu tidak pernah mengetahui proses pengundian. Atau ADAKAH MUNGKIN ORANG BEGITU DILETAKKAN untuk menakut nakutkan bakal bakal pengundi dengan mengurangkan keyakinan bahawa undi itu rahsia?

3. Saya lebih suka pada pendapat yang terakhir. Bagi saya akan ada orang yang mahu supaya ramai pengundi merasa was-was dan merasa curiga bahawa pada akhirnya kertas undi mereka akan diketahui dan siapa mereka undi akan diketahui. Maka pengundi jenis ini akan takut untuk membuat pilihan yang wajar dan kemungkinan pengundi ini akan mengundi dalam keadaan hati terpaksa. Apa lagi jika mereka terikat dengan perkara perkara seperti AKUJANJI atau pun membuat perniagaan kecil yang bergantung kepada sesuatu pihak. Sudah tentu pengundi tidak akan merasa selesa dan merasa bimbang dan mungkin ada yang merasa takut.

4. Saya ingin menegaskan kepada pembaca sekelian bahawa UNDI TUAN DAN PUAN ADALAH TETAP RAHSIA. Oleh itu jangan takut untuk mengundi sesiapa pun. Tidak ada siapa yang tahu, siapa dan parti mana yang anda pangkah. Sila ikuti penerangan saya mengenai proses pengundian selepas ini. Walaupun saya bukan orang yang berautoriti untuk menerangkan, saya merasakan satu kewajipan saya untuk berkongsi pengetahuan saya. Nak dapat orang yang berkewajipan menulis di dunia internet ini, amat susah kerana sebab masing masing. Dan kalau yang pandai pun, mungkin telah berumur, oleh itu internet ini alien untuk mereka. JIKA SAYA MEMBUAT KESILAPAN, anda yg tahu perlu membetulkan dgn reply pada tulisan ini.

5. Pertamanya, sebelum hari mengundi, jangan sekali kali menyerahkan kad pengenalan anda pada sesiapa. Kad pengenalan itu mesti sentiasa berada dengan anda. Jika anda tersilap langkah, maka peluang anda mahu mengundi akan berakhir. Jika Kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen ditempat itu adalah Kerusi Panas, maka anda lebih perlu berhati hati.

6. Satu dua hari sebelum hari mengundi, anda mungkin menerima cetakan maklumat daftar pemilih anda. Parti Politik yang bertanding selalunya akan mengedarkan maklumat ini. Disitu akan di catatkan No siri daftar pemilih anda, No Kad Pengenalan, Nama Anda, Dimana Anda Mengundi dan Nombor Saluran.

7. Apabila anda telah yakin dengan maklumat, terutama maklumat dimana anda
mengundi, dan anda tahu Nombor Saluran, maka pada hari mengundi anda tidak perlu ke kaunter SPR atau ke kaunter parti politik diluar pagar. Anda boleh terus masuk pintu pagar kawasan tempat mengundi dan terus menuju dimana saluran tempat mengundi anda ditempatkan. Jika anda tidak pasti Nombor Saluran anda, anda perlu pergi ke kaunter SPR diluar tempat mengundi. Jika anda pergi kekaunter SPR, anda sudah pasti akan beratur dua kali. Itu sebab ada baiknya untuk terus pergi ke Saluran mengundi anda.

8. KATAKAN lah, anda menghadapi masalah dengan tempat mengundi dan nombor saluran anda. Atau apabila anda pergi ke kaunter SPR, nama anda tidak ada dalam senarai. ATAUPUN apa apa masalah yang boleh mengganggu hak anda untuk mengundi. JIKA ini berlaku, saya mencadangkan anda TERUS PERGI KE KAUNTER BN di luar pagar. Tidak kiralah siapa yang anda ingin undi, dan tidak perlu diberitahu pun. Terangkan kepada mereka, isu anda, dan Insyallah mereka akan berusaha dengan hebat untuk memastikan anda dapat mengundi. Akan ada yang bertanya kepada saya, kenapa pergi ke kaunter BN. Saya tidak mahu menjawab disini.

9. Kiranya anda tiada apa apa masalah, maka anda telahpun beratur untuk mengundi. Apabila tiba giliran anda, Kerani Tempat Mengundi akan meminta Kad Pengenalan Anda. Beliau akan menyebut dengan kuat, No Daftar Pemilih anda, Nama Anda, No Kad Pengenalan anda.

10. Sekiranya tidak ada bantahan dari Polling Agen Parti yang bertanding didalam bilik mengundi itu, Kerani akan menggariskan nama anda, kemudian mengoyakkan kertas undi Parlimen dan kertas undi DUN dan diberikan kepada Anda. Untuk PRU12, kabarnya Kerani akan menitikkan DAKWAT HITAM ke kuku anda. {negara lain celup, negara kita ...titik aja, kabarnya ...jimat cermat). Kemudian anda bergerak ketempat membuang undi.

11. Anda memangkah apa yang patut, dan kemudian lipat lah dengan baik, mungkin lipat empat supaya tidak terbuka bila dimasukkan kedalam peti undi. Kabarnya peti undi kali ini adalah transparen. Lipat lah dengan baik, takut takut kertas undi anda terbuka dan dunia mengetahui siapa yang anda pangkah.

12. Anda pun melangkah keluar dari bilik mengundi, boleh balik rumah dan tidur. Masa mengundi akan tamat pada jam 5.00 petang.

13. Pada pilihanraya 2004, sebelum kerani mengundi memberikan kertas undi kepada anda, beliau akan menulis no siri counterfoil buku undi keatas kertas undi anda. INI.TELAH MENYEBABKAN PARA PENGUNDI MENJADI BIMBANG YANG
AMAT SANGAT, takut kalau kertas undi mereka boleh di kesan atau di trace balik, kerana ada nombor siri diatas kertas undi yang akan dimasukkan kedalam peti undi. Untuk PRU 12 ini, PERKARA INI TELAH DIBATALKAN. BERMAKNA, kerana dibilik undi, TIDAK BOLEH MENULIS APA APA diatas kertas undi anda. Ianya telah dibatalkan semenjak dari pilihanraya kecil Ijok. Ada satu dua tempat mengundi di Ijok yang telah mengamalkannya lagi tetapi telah dibantah keras oleh Pemerhati Pilihanraya MAFREL. OLEH ITU TIDAK ADA LAGI SEBARANG TULISAN ATAU NO SIRI DIATAS KERTAS UNDI ANDA. UNDI ANDA TETAP RAHSIA.

CARTA PROSES MENGUNDI

Dari Proses Diatas Tidak Ada Tanda Tanda Undi Anda Tidak Rahsia Keyakinan bahawa undi anda adalah rahsia adalah amat penting untuk memastikan anda dapat membuang undi dengan rasa selesa dan aman tanpa ada ketakutan bahawa akan ada orang yang boleh mengesan undi anda. Proses seterusnya ialah proses pengiraan undi yang akan saya terangkan kemudian, untuk mengelakan penulisan ini terlalu panjang. Insyallah.

Penulis :- tah den dah lupa sapa dia / sorry

 
Berita Harian 12 Februari 2008 (Berito Hairan)
02.12.08 (3:56 pm)   [edit]
Berita Harian 12 Februari 2008
a.k.a Berito Yang Amat Menghairankan

Antara Tajuk Utama “sulat kabar lame”

1. Score pacu ekonomi Sarawak – RM 105.6 bilion pelaburan awal jana koridor pembangunan kelima negara
O pocot mak kau… banyak duit tu, “Pembangunan Koridor Sarawak keseluruhannya memerlukan pelaburan lebih RM 300 bilion menjelang 2030,” kata Pak Lah. Mak datuk… banyak sungguh duit tu… Bior bonar jang oiiii….

Dulu aku selalu dengar cerita projek sana projek sini kos dia juta juta aje… mungkin nampak sangat sikit, tambah jadi ratus juta ratus juta… sekarang dah main bilion bilion pulak. Korang tahu bilion tu banyak mana? Korang tau tak ni….

Kalau aku ada RM 100,000.00 makna aku tak yah kerja setahun setengah
Kalau aku ada RM 1 juta kira tak yah kerja seumur hidup (kereta BMW 7 series Anuar Musa lagi mahal)
RM 1 bilion… aku dah boleh tadbir kelantan selama kira-kira 10 tahun lagi….
RM 300 bilion… beda’ah lah tu, nampak sangat nak menipu. Orang kampung boleh korang gembang… orang kota jangan sekali

Dah 50 tahun merdeka jang oi…

Samb… 1.6 juta peluang pekerjaan diwujud… untuk pendatang asing macam Bangla, Indon dan Filipina ke? Kesian tengok geng Bangla merana kat KLIA

2. Rakyat kena kikis sikap prejudis kaum: Abdullah
Perkauman pulak! Lepas tu tuduh pembangkang suka mainkan isu perkauman. Lepas tu pi tangkap pembangkang masuk ISA.…

Sapo yang suka dok acah api perkauman ni

3. Aspirasi permuafakatan tulen – kongsep perkongsian kuasa diamalkan Barisan Nasional makmurkan negara: Najib
Apo negara makmur kalau rasuah bersepah, yang kaya semakin kaya yang miskin papa kedana, salah guna kuasa. Makmur apa kalau kes jenayah melambung tinggi, kes dadah, kes rempit, kes gejala sosial macam tak henti henti… adakah itu makmur? Belum kira kes kapal selam dan kes Mongul.

Makmur apa kalau barangan dapur tak terkawal… kalau gaji RM 10 ribu tak pa lah, nuh orang gaji 4-5 ratus aje sebulan pun nak makan jugak.

4. Jentera BN kena perihatin isu
Hah… tak kan dah 50 tahun merdeka tak tahu isu apa yang rakyat bawa… tak kang time pilihanraya aje nak bankitkan isu nak tolong rakyat. Lepas tu sembelih rakyat kow kow.

Eden pun nak merasa duduk rumah macam istana jugak.

5. PDRM buru jenayah sifar. Peruntukan RM 6 bilion pastikan keselamatan negara terjamin
Copat kroni copat… tender cctv dah bukak, harga RM 100 boleh claim RM 1000 copat jang.

Mohon maaf lah, dulu aku respect jugak polis ni… sikalang huh macam toot. Polis layan rakyat macam toot dan rakyat sikalang pun anggap polis macam toot. Nak buru jenayah sifar, warkhahahahaha… adus dalam mimpi

Cerita polis hari ini
- penduduk mohon polis pantau jalan sekitar Alor Star (pi mana semua polis trafik ni???)
- Persatuan Bekas Polis Malaysia pun ada orang nak tipu
- Polis disyaki tanam ganja – hah elok lah tu

6. SPR sudah 2 tahun buat persiapan – kelengkapan disedia, 149,000 pegawai dilatih pastikan pilihan raya lancar.
Woi cakap besar tu… bangga, riak, takbur, sombong, bongkak, besar diri.
Ke dah 2 tahun prepare macam mana nak tipu rakyat?

Rasa kena bubar SPR ni dan diganti dengan Suruhanjaya Diraja Pilihanraya… baru ok kot

7. Arab Saudi puji Malaysia – Islam adahari berjaya diterjemah jemaah haji di Makkah: Ramli
Bunyi bodek nak jadi Yang Dipertua Dewan Rakyat aje… keh keh keh

8. RM 36.82 bilion pelbagai subsidi bantu rakyat
Sahih menipu ni… memang sahih, bilo masa nya kerajaan menolong rakyat, sombelih ado lah.

9. Kementerian Pelajaran 4 bintang – Raih mata tertinggi kepimpinan
Hah elok lah tu… sebelah dia berita ditulis “37 kes keracunan makanan di SEKOLAH seluruh Malaysia sejak mula buka sekolah sesi 2008”.
Belum lagi cerita cikgu belasah budak, budak belasah cikgu, video klip gaduh 2 lawan satu yang kat gannu, ponteng, rokok dan macam-macam…

Elok dapat berbintang bintang (poning)

Tak larat aku nak melayan surat khabar hari ni… nak tergelak ada nak menangis ada sedih ada. Nasib baik aku tak sempat nak tengok berita RTM ke TV3 ke… kalau tak haru idup aku ni

 
Rasa Sayang Eh', Malaysia
02.12.08 (9:39 am)   [edit]
Rasuah sayang eh
Rasuah Sayang Sayang eh,
He lihat Pak Lah tidur
Rasa sayang sayang eh,

Budak mongolia di luar pagar,
Ambil C4 tolong bombkan,
Saya budak baru nak mengajar,
Kalau salah you duduk diam - diam.

Rasuah sayang eh
Rasuah sayang sayang eh
Eh lihat Zam bodoh rasa sayang sayang eh

Zainuddin kita nak marah al - jazeera,
tapi sendiri tak berpengetahuan,
Mungkinkah belajar dari...(*ditapis),
Kerana jawapannya macam ketam.

Rasuah sayang
Eh rasuah sayang sayang Eh
Eh lihat parliment rasa sayang sayang eh

Parlimen kita macam zoo negara,
Penuh dengan banyak binatang,
Ada beruk, monyet dan kera,
Kalau pergi sana bawalah kacang,

Rasuah Sayang
Eh rasuah sayang sayang eh
Eh lihat rempit jauh rasa sayang sayang eh

Khairy kata rempit sangat terer,
Mereka ialah mat cemerlang,
Otaknya sekarang entah mana,
Mungkin nak jadi rempit di longkang.

Rasuah sayang eh rasuah sayang sayang eh
Eh lihat bola kita jauh rasa sayang sayang eh

Dulu kita main bola peringkat antarabangsa,
Sekarang main macam ketam,
Kalah 5 - 1 kepada China,
Semalam pula kalah kepada Vietnam.

Rasuah Sayang Eh
Rasuah Sayang Sayang Eh
Eh lihat Indonesia jauh rasa sayang sayang eh

Rasa sayang milik indonesia
Malaysia kata mereka punya
Otak engkau lagu ini milik kita
Kita punya Rasuah sayang sebenarnya

Rasuah sayang eh
rasuah sayang sayang eh
Eh lihat polis jauh rasa sayang sayang eh

Bila nak tiba hari raya
Polis kita merata rata
Muka mereka semacam saja
Bagi IC dan ringgit Malaysia

Rasuah sayang eh
rasuah sayang sayang eh
Eh lihat Pak Lah tidur rasa sayang sayang eh

Air di Johor melimpah limpah
Pak lah beli rumah di Australia
Bila Mahathir kita marah
Dia kata rumah itu orang lain pula.

Rasuah sayang
Eh rasuah sayang sayang eh
Eh Malaysia hancur rasa sayang sayang eh.

* (Tidak sesuai untuk bacaan umum)

Lagu ini diolah semula oleh seseorang dan saya terus mencedoknya dari Harakahdaily.net oleh Azamin Amin

Maka Terimalah

 



Me me mE

Warong RadenJoWorld

Just for UMNO Members